Asal Usul - Dari Kemolok ke tebuclub,dari tebuclub ke 13rock

Seperti yang kite maklum 13rock diadaptasi daripada sebuah kampung yang terletak di batu 13, Kajang Selangor. Di situ juga lah tertanamnya pohon tebu yang tumbuh megah di sebalik legenda seram sang kemolok. Sekitar tahun 2002, hampir setiap malam berkumpulnya anak-anak muda remaja yang berwawasan tinggi menghabihkan masa menjalan aktiviti-aktiviti sihat dilokasi tersebut. Daripada perbincangan hangat, tarian poco-poco hinggalah mencipta lirik lagu.. semua aktiviti mampu direalisasikan dengan jayanya.. Tapi hari ini semuanya dah jadi kenangan.. Masing-masing dah ada komitmen dalam bidang kerjaya, sukan mahu pun rumah tangga. Jadi aku bersama rakan-rakan yang lain cuba berusaha mengimaginasikan sebuah laman blog untuk kita semua.. akhirnya lahirlah laman blog 13rockstar.. Insyaallah.. walaupun kita jarang berjumpa, kita boleh berbincang, bertanya khabar sesesama rakan di ruangan komen yg disediakan di blog ini.. tak perlu banyak, mungkin setahun sekali kita boleh berbincang untuk buat perjumpaan.. itu sudah cukup memadai.. yang penting sillaturrahim dan ikatan ukhwah sentiasa mengiringi kita.... akhir kata, walau sesibuk mana pun kita, tiada alasan untuk kita tidak bersama.. semuanya berada di hujung jari anda..

Isnin, 28 Disember 2009

Kisah Benar Kewujudan Kemolok....


Terjadi kerana keturunan dari suku Minangkabau. Setiap generasi baru, salah satu famili dia akan menjadi Hantu Kemolok.Setelah 3,4 hari dikebumikan, ada lubang di atas kubur itu dan berasap, lubang inilah Hantu Kemolok akan keluar..Sumber-sumber mengatakan, Hantu Kemolok ini akan pulang ke rumahnya atau pergi mencari saudara mara dan kenalan semasa hidup..Setelah sampai dirumah itu, Hantu ini akan merengek mendayu meminta makan..( seperti suara musang menangis )Bukan hanya meminta makan, malah mencakar, mengetup pintu rumahnya..Setelah keluarga dia mengetahui kepulanganya dan suara merengek seperti meminta makan..Kaum keluarga dia akan menghidangkan nasi yang beralaskan kain kuning.Sambil meminta atau berkata " selepas kau makan, kau balik ke tempat asal kau.. tmpat kau bukan disini lagi..Hantu Kemolok ini sangat pemalu dan tidak mengganggu orang seperti hantu-hantu lain..Bentuk Hantu Kemolok ini seperti belon yang melantun-lantun dilantai..Berwarna putih..kaki seperti arnab,hidung jantung pisang,berekor panjang dan menutup muka dengan tangan sendiri.
kalau nampak ..baik larikan diri sbb dia akan melekat pada badan anda dan berbau bangkai..pada keesokan hari badan anda akan berbau bangkai manusia selama 1 bulan..korg pakai laa aper2 perfume termasuk one drop perfume..jgn harap nak ilang...

SBB aku nie pun dari keturunan Minangkabau...dan pernah melihatnya pada mata sendiri..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...