Asal Usul - Dari Kemolok ke tebuclub,dari tebuclub ke 13rock
Seperti yang kite maklum 13rock diadaptasi daripada sebuah kampung yang terletak di batu 13, Kajang Selangor. Di situ juga lah tertanamnya pohon tebu yang tumbuh megah di sebalik legenda seram sang kemolok. Sekitar tahun 2002, hampir setiap malam berkumpulnya anak-anak muda remaja yang berwawasan tinggi menghabihkan masa menjalan aktiviti-aktiviti sihat dilokasi tersebut. Daripada perbincangan hangat, tarian poco-poco hinggalah mencipta lirik lagu.. semua aktiviti mampu direalisasikan dengan jayanya.. Tapi hari ini semuanya dah jadi kenangan.. Masing-masing dah ada komitmen dalam bidang kerjaya, sukan mahu pun rumah tangga. Jadi aku bersama rakan-rakan yang lain cuba berusaha mengimaginasikan sebuah laman blog untuk kita semua.. akhirnya lahirlah laman blog 13rockstar.. Insyaallah.. walaupun kita jarang berjumpa, kita boleh berbincang, bertanya khabar sesesama rakan di ruangan komen yg disediakan di blog ini.. tak perlu banyak, mungkin setahun sekali kita boleh berbincang untuk buat perjumpaan.. itu sudah cukup memadai.. yang penting sillaturrahim dan ikatan ukhwah sentiasa mengiringi kita.... akhir kata, walau sesibuk mana pun kita, tiada alasan untuk kita tidak bersama.. semuanya berada di hujung jari anda..

Rabu, 4 November 2009
Renungan Dan Peringatan - Ayat Suci Di badan Bayi...
MAKHACHKALA: Seorang bayi Dagestan membingungkan doktor apabila ayat suci al-Quran ditemui pada tubuhnya.Ibu bapa kanak-kanak berusia sembilan bulan itu, Ali Yakubov, berkata mereka terkejut apabila perkataan Allah timbul pada dagunya sejurus selepas dia dilahirkan.Sejak itu, beberapa ayat suci dalam bahasa Arab muncul pada belakang, lengan, kaki dan perut Ali.Keluarganya mendakwa, ayat lama akan hilang dan ayat baru pula muncul. Biasanya, ia berlaku dua kali seminggu, iaitu setiap Isnin dan malam Jumaat. Pegawai perubatan berkata, mereka tidak dapat menjelaskan kejadian misteri itu tetapi menolak kemungkinan ditulis seseorang pada kulit kanak-kanak itu.Ibunya, Madina, berkata dia dan suaminya semakin patuh dalam melakukan suruhan agama selepas kejadian itu.Madina dan suaminya pada mulanya tidak menunjukkannya kepada sesiapa penemuan itu sehinggalah baru-baru ini apabila perkara itu didedahkan kepada doktor.Ali kini menjadi tumpuan masyarakat Islam di Dagestan.Anggota Parlimen tempatan, Akhmedpasha Amiralaev, berkata kanak-kanak itu adalah tanda kebesaran Tuhan. “Allah menghantarnya ke Dagestan dalam sebagai tanda untuk menghentikan keganasan dan ketegangan di negeri kami,” katanya.Menurut Madina, Ali biasanya meragam apabila kejadian aneh itu berlaku. “Dia akan menangis dan suhu badannya meningkat. Sukar untuk memegangnya ketika itu.“Tubuhnya pula bergerak aktif, memaksa kami meletakkannya dalam buaian. “Sungguh sedih melihat dia menderita ketika itu,” katanya.Seorang imam tempatan, Abdulla, memberitahu penduduk tempatan, memang ada ayat dalam al-Quran yang menyatakan, Tuhan akan menunjukkan kekuasaan-Nya di pelbagai tempat dalam dunia, selain pada diri manusia sendiri untuk membuktikan bahawa al-Quran itu kitab yang benar.“Kejadian itu tidak sepatutnya disembunyikan,” katanya. - Agensi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Allah HU akbar...
BalasPadam