Asal Usul - Dari Kemolok ke tebuclub,dari tebuclub ke 13rock

Seperti yang kite maklum 13rock diadaptasi daripada sebuah kampung yang terletak di batu 13, Kajang Selangor. Di situ juga lah tertanamnya pohon tebu yang tumbuh megah di sebalik legenda seram sang kemolok. Sekitar tahun 2002, hampir setiap malam berkumpulnya anak-anak muda remaja yang berwawasan tinggi menghabihkan masa menjalan aktiviti-aktiviti sihat dilokasi tersebut. Daripada perbincangan hangat, tarian poco-poco hinggalah mencipta lirik lagu.. semua aktiviti mampu direalisasikan dengan jayanya.. Tapi hari ini semuanya dah jadi kenangan.. Masing-masing dah ada komitmen dalam bidang kerjaya, sukan mahu pun rumah tangga. Jadi aku bersama rakan-rakan yang lain cuba berusaha mengimaginasikan sebuah laman blog untuk kita semua.. akhirnya lahirlah laman blog 13rockstar.. Insyaallah.. walaupun kita jarang berjumpa, kita boleh berbincang, bertanya khabar sesesama rakan di ruangan komen yg disediakan di blog ini.. tak perlu banyak, mungkin setahun sekali kita boleh berbincang untuk buat perjumpaan.. itu sudah cukup memadai.. yang penting sillaturrahim dan ikatan ukhwah sentiasa mengiringi kita.... akhir kata, walau sesibuk mana pun kita, tiada alasan untuk kita tidak bersama.. semuanya berada di hujung jari anda..

Jumaat, 11 September 2009

Design Baju Terbaru 13Rock Edisi 2009/10

Pelbagai aktiviti telah dirancang oleh warga 13Rock untuk memenuhi jadual aktiviti tahun 2010. Aktiviti yang telah di senarai pendek seperti mengembara, mendaki, bersukan, memancing laut, Bbq di tepi pantai yang indah dan melawat sambil belajar di tempat pra sejarah. Sehubungan dengan itu pihak AJK kelab yang bertanggungjawab telah mengeluarkan sample baju 13Rock dangan design terkini untuk tahun 2009/2010.. Sample baju tersebut akan dipamerkan dan warwarkan kepada warga 13Rock dimajlis berbuka puasa Sabtu ini. Harga sekitar Rm25 aje..



Sudut Hadapan dengan Logo


Sudut belakang logo & laman web


Design tambahan : Logo 13 di bahagian Lengan

3 ulasan:

  1. Den dongar baju baru tersebut telah di test pakai oleh tester kita mendapat perhatian ramai di sekitar ibu kota kuala lumpur.. syabas!!

    BalasPadam
  2. Fuuh.. dasat design baju.. kalau sempat siap sebelum ghayo.. leh buat baju ghayo nii..

    BalasPadam
  3. design poket dpn xder ker?boleh wat simpan duit ngan kuih raya nnti...hahahah

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...