Asal Usul - Dari Kemolok ke tebuclub,dari tebuclub ke 13rock

Seperti yang kite maklum 13rock diadaptasi daripada sebuah kampung yang terletak di batu 13, Kajang Selangor. Di situ juga lah tertanamnya pohon tebu yang tumbuh megah di sebalik legenda seram sang kemolok. Sekitar tahun 2002, hampir setiap malam berkumpulnya anak-anak muda remaja yang berwawasan tinggi menghabihkan masa menjalan aktiviti-aktiviti sihat dilokasi tersebut. Daripada perbincangan hangat, tarian poco-poco hinggalah mencipta lirik lagu.. semua aktiviti mampu direalisasikan dengan jayanya.. Tapi hari ini semuanya dah jadi kenangan.. Masing-masing dah ada komitmen dalam bidang kerjaya, sukan mahu pun rumah tangga. Jadi aku bersama rakan-rakan yang lain cuba berusaha mengimaginasikan sebuah laman blog untuk kita semua.. akhirnya lahirlah laman blog 13rockstar.. Insyaallah.. walaupun kita jarang berjumpa, kita boleh berbincang, bertanya khabar sesesama rakan di ruangan komen yg disediakan di blog ini.. tak perlu banyak, mungkin setahun sekali kita boleh berbincang untuk buat perjumpaan.. itu sudah cukup memadai.. yang penting sillaturrahim dan ikatan ukhwah sentiasa mengiringi kita.... akhir kata, walau sesibuk mana pun kita, tiada alasan untuk kita tidak bersama.. semuanya berada di hujung jari anda..

Rabu, 31 Mac 2010

Khamis, 25 Mac 2010

Sabtu, 20 Mac 2010

GIG BAND - 1st SHOW "THE ORBID"

Saksikan kemunculan band "THE ORBID" dianggotai oleh vokalis juara karaoke Tasik Idaman, Basis tangan kidal, Lead gitar (gitar tempah bro, rm7k tu) dan drummer ala2 Mark Portnoy pada :

DATE : 18,APRIL,2010
VANUE : ONE CAFE, BANGSAR

Jom kita mai ramai² kan dan havoc² kan.. kata man selaku ketua band.. "support kawan² amat diperlukan..."

Selasa, 16 Mac 2010

Pengertian Cinta


Dan sesungguhnya kebenaran ini adalah nyata
Apa yang ada di langit dan bumi adalah cinta
Kerana kasihnya disertai bukti dan dirasai

Bagai mentari menyerapkan kasih kepada bumi
Dan alam ini menaburkan rezeki pada insani
Kerana kasihNya tiada terbatas tiada terperi

Segala keindahan dilukiskan dengan nikmat kehidupan
tiada terbatas pemberian yang kau hulurkan
tanda keangungan kasih sayang yang engkau curahkan
masih ada yang tidak sedar kasih padaNya

Dan sesungguhnya pengertian cinta begitu jua
Apa yang ada dilangit dan bumi adalah cinta
Kini hati rasa dengan mata hati insan sejati


Info : Kumpulan Skala merupakan sebuah kumpulan rock berasal dari Ipoh yang merakamkan album pada tahun 1992. Mereka popular dengan lagu Digenggam Sepi dan Pengertian Cinta.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...